PEMBUKA KATA

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah kita mula.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.


Tuesday, 27 January 2015

Ilmu (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu", yakni epistemologi.Dalam hal ini, kajian mengenai ilmu lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.
Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.
Ilmu mengikut Prof Rr. Syed Naquib al Atas "sesuatu yg sampai ke dalam diri insan dan memberi makna dlm kehidupan". Prof Dr Hassan Langgulung pula, "ilmu sesuatu yg sampai ke dalam diri menjadi tahu yg asalnya tidak tahu". Ahli falsafah Socrates pula kata " ilmu adalah suatu pengetahuan yang benar". Plato pula kata "ilmu adalah pengetahun yg tepat". Kong Fu Zie (Confucius) kata pula "ilmu adalah suatu pengalaman yg pasti". Guru Nanak pula kata "ilmu adalah amalan yang bermakna dan berguna". Imam al Ghazali menjelaskan "ilmu adalah pengetahuan yg sistematik, benar dan meyakinkan". Itulah sedikit tentang pentakrifan ilmu yg dibaca.
Beza ilmu dan maklumat: ilmu pasti benar dan maklumat belum pasti benar. Ilmu wajib disebar kerana ada kebenaran. Maklumat hanya boleh disebar jika dipastikan kebenarannya. Jika belum pasti benar disebar juga itu maklumat yg tidak benar dan jadi fitnah. Penyebar ilmu dapat pahala dan penyebar maklumat belum tentu dapat pahala, jika salah dapat dosa lagi, jika maklumat salah disebar juga lalu dipercayai org maka si penyebar maklumat perlu minta maaf kpd semua org kalau tidak dosanya tak akan terampun. Ini pendapat Imam al Ghazali.
Sumber ilmu adalah dari al Quran dan Hadis sahih. Tak perlu diselidik lagi kerana kedua2nya sumber yg benar. Alam juga adalah sumber ilmu tetapi perlu dikaji dan diselidik dahulu kebenarnya baru menjadi ilmu. Sebab itu penemuan alam dikatakan teori kerana kadang2 boleh berubah lagi jila ada penemuan yg baru pula.
Tujuan ilmu adalah untuk dijadikan pedoman dan panduan yg boleh diguna bagi meneruskan kehidupan manusia. Jika digunakan utk mencari redha Allah maka kebenaranlah yg kita dapat dan sebaliknya jika disalah guna maka Allah tak redha. Inilah peraturan alam yg dikenali sebagai hukum Allah.